Thursday 13 December 2012

MAJLIS HARI KUALITI


Warna-warni "Hari Kualiti" SK. Nyalas 2012

Persembahan koir dari Pasukan Kebudayaan SK. Nyalas



Persembahan senamtari murid-murid Pra Sekolah

Tokoh Kokurikulum Perempuan : Adik Nurhidayah Zulkifli

Wednesday 12 December 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR

MAJLIS PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPSR 2012


   Majlis penyerahan dan pengumuman keputusan UPSR 2012 diadakan pada 16 November 2012 di Dewan SK. Nyalas.   Pengumuman tersebut telah disempurnakan oleh Puan Hjh. Asiah bt. Ahmad, Guru Besar SK. Nyalas.
      Seramai 5 orang pelajar telah mendapat keputusan cemerlang 5A pada tahun ini.  Anak didik yang telah membuktikan kecemerlangan tersebut ialah:
1. Adik Syazlin Amira bt. Abd. Halim
2. Adik Afrizal bin Mustafa
3. Adik Hidayah Najiha binti Abd. Ghafar
4. Adik Aizatul Alyana bt. Azman
5. Adik Anisa Natasya binti Jefri.


AKTIVIT SELEPAS UPSR

menyemai anak benih
AKTIVITI SELEPAS UPSR TAHUN 6


        Semua murid diberi tunjuk ajar untuk menyediakan batas, tapak semaian, menanam anak benih dan penjagaan sepanjang selepas penanaman anak benih.  Latihan ini diberikan sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR supaya dapat menjadi murid yang seimbang rohani, jasmani, mental dan intelek serta sahsiahnya.
menyediakan batas

membersihkan tapak semaian

menutup anak benih dengan pelepah kelapa

AKTIVITI SELEPAS UPSR

AKTIVITI SELEPAS UPSR 2012

TAJUK AKTIVITI :

MENGHARGAI DAN MENCINTAI KEAGUNGAN DAN CIPTAAN ILLAHI

Pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan kepada murid-murid Tahun 6 untuk mendidik mereka kepentingan menjaga dan menghargai ciptaan Illahi.  Dengan terlaksananya
 aktiviti ini, murid-murid telah dididik dan disematkan dalam sanubari 
mereka tanpa alam sekitar yang bersih dan seimbang semua 
hidupan termasuk manusia akan terjejas.  
Semua hidupan saling bergantung
 dan berkait  antara satu sama 
lain untuk  mengekalkan 
keseimbangan 
ekosistemnya.

Murid-murid berkerjasama dan menjana idea dalam kumpulan untuk menggunakan menggunakan semula kertas surat khabar membuat binaan.
Murid memproses kertas surat khabar untuk membentuk binaan

Proses membuat binaan


Hasil binaan yang telah disiapkan

Pengadil menilai karya murid

Tuesday 11 December 2012

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN –TEORI KONSTRUKTIVISME


Pengajaran ini  saya  telah jalankan  dengan  jayanya   dan  mendapat  sokongan dan  kerjasama yang  baik  daripada  murid  kelas  5 Arif  dan  sahabat - sahabat  guru  di sekolah saya.Terima kasih diucapkan.


RANCANGAN PELAJARAN  HARIAN –TEORI   KONSTRUKTIVISME


Tarikh :    7  November   2012                          Masa          :  9.40 -10.40
Hari    :    Rabu                                                    Tempoh      :  1  jam
Kelas :  5  Arif                                                      Bil.Pelajar  :  25 orang
Mata  Pelajaran  :  Bahasa  Melayu
Tema       :  Kesihatan  Asas  Kesejahteraan
Tema       :  Awas  !  Nyamuk
Objektif :  
Pada  akhir  Pembelajaran  dan  Pengajaran  , murid  dapat :
1.  Membaca  teks  pelbagai laras  bahasa    dengan  lancar,sebutan  
      dan  intonasi yang betul  serta  gaya  yang  sesuai.   
2.  Membina  pelbagai  jenis  ayat   yang  menggunakan  imbuhan  apitan  
      di .....kan dengan  betul  daripada  sintaksis  dan  morfologi
3.  Mengisi  tempat  kosong  dengan  data  yang  dipeoleh  daripada  petikan.

Pengetahuan Sedia ada : 
Murid  pernah  melihat  dan  membaca  mengenai penyakit demam denggi  dalam media massa,media elektroik,   pada  poster, dalam  buku dan  risalah  kesihatan.
Bahan  :  
Paparan power point( Awas ! Nyamuk  ),kertas  lukisan ,marker pen,lembaran  kerja.                  
Nilai   :  
Bersyukur,Menghargai
Kemahiran  : 
a. 3.1   Aras  3 ( i ), ( ii)
b. 6.3    Aras  3  ( i )


RANCANGAN  PELAJARAN  HARIAN

Langkah/Masa
Isi  Pelajaran
Aktiviti  Guru
Aktiviti Murid
Catatan
Set  Induksi
5 minit
Gambar  Nyamuk  Aedes
Guru bersoal jawab dengan murid mengenai nyamuk aedes.

Murid  memberi  respons  mengenai  gambar  nyamuk  itu.
Beberapa orang murid  yang sukarela.
Gambar  nyamuk aedes  .
Langkah 1
10 minit
Membaca teks Awas ! Nyamuk
Sesi soaljawab  antara guru dan murid   untuk  menguji kefahaman murid.
Guru memaparkan  teks Awas ! Nyamuk  pada  power  point kepada semua murid  dan memilih  beberapa  orang murid  membacanya.
Guru bersoal jawab dengan murid mengenai  isi  teks.

 Murid membaca teks  Awas ! Nyamuk   pada paparan power point.
Murid  menjawab  soalan  guru  berdasarkan teks  yang dipaparkan.
Teks    Awas ! Nyamuk  dalam power  point
Langkah 2
12  minit
Analisis  Data daripada  petikan


Semua  kumpulan  menjawab  lembaran  kerja  yang  sama
Guru mengedarkan bahan – bahan  tugasan  kepada  murid.

Setiap  kumpulan diminta   mengisi tempat  kosong  dengan  maklumat  daripada  paparan  power  point. 


Murid menjawab  soalan  dalam  kertas  sebak dengan  merujuk  paparan power point.

Murid  membentangkan  hasil  tugasan  di hadapan  kelas.

Satu  kumpulan  5  orang  murid.
 Power  point  teks 
Awas ! Nyamuk



Pembentang ditetapkan  oleh  ahli  kumpulan.

Langkah 3
12  minit
Latihan  dalam  kumpulan.
Berdasarkan  teks  yang  sama, guru  meminta  murid  menyenaraikan  perkataan  berimbuhan  apitan di...kan  yang  terdapat  dalam Power  point
Awas ! Nyamuk

Murid  menyenaraikan  perkataan  berimbuhan  apitan di...kan  yang  terdapat  dalam  teks  dalam  kertas  sebak.

Murid  membentangkan  hasil  tugasan  di hadapan  kelas.

Satu  kumpulan  5  orang  murid
 Power  point
Awas ! Nyamuk

Kertas  sebak
Marker pen
Biru,hitam,merah




Pembentang ditetapkan  oleh  ahli  kumpulan.
Langkah  4
12  minit
Latihan bertulis dalam  kumpulan.
 Denda/Tindakan undang –undang yang dikenakan ke atas individu yang  membiarkan nyamuk aedes  membiak.
Guru  mengedarkan 
Bahan – bahan  tugasan  kepada  murid
Denda/Tindakan undang –undang yang dikenakan ke atas individu yang  membiarkan nyamuk aedes  membiak.
.


Murid  membuat  latihan  dalam  kumpulan  dengan  menulis di dalam  kertas  sebak.
Kumpulan  A
Kumpulan  B
Kumpulan  C
Satu  kumpulan  5  orang.

Pembentangan  oleh  setiap  kumpulan.
Kertas  sebak
Marker pen
Power  point
Awas ! Nyamuk

Ketua kumpulan dan  pembentang ditentukan  oleh  murid.
Langkah 5
Penutup

4  minit
Peneguhan



Bina  ayat dengan  menerapkan nilai murni.
Guru  bertanya kembali mengenai topik  pembelajaran  yang dipelajari pada  hari  ini.
Minta  murid  bina  ayat mudah  dengan  memasukkan  nilai murni  .Contoh :
Kita mestilah  sentiasa menjaga persekitaran kita gsupaya nyamuk aedes tidak dapat  membiak.





Setiap kumpulan memberi  satu  ayat    dengan  memasukkan  nilai  murni.



Menjaga kesihatan

Menghargai

Bekerjasma






PEMBANGUNAN P&P





NAMA  :   JAMILAH BINTI MD. SOM
NO. MATRIKS    :    D20112052702
PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA



Burung  merbah di pohon cemara,
Biji saga merah warnanya,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Selamat datang ke blog saya.